Galeri dan brosur Yamaha 125ZR Super Sport 2016 berwarna Kuning, kini tampil lebih mantap dan sporty

0
386

2016 Yamaha 125ZR Super Sport Kuning (001)

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) secara rasminya telah mendedahkan gambar-gambar model Yamaha 125ZR Super Sport versi tahun 2016 terbaharu yang kini didatangkan dalam pilihan warna Kuning. Di samping itu berdasarkan maklumat di dalam brosur, dua warna terdahulu masih dikekalkan iaitu Biru dan Merah, manakala warna Hitam tidak lagi ditawarkan.

Melihat kepada gambar-gambar studio rasmi Yamaha 125ZR Super Sport 2016 berwarna Kuning yang disiarkan dalam galeri di bawah, boleh dikatakan penampilan versi terbaharu model dengan enjin dua lejang berkuasa itu sangat menarik, segar dan sporty. Padanan warna Kuning dengan sentuhan warna Hitam itu sememangnya mantap, termasuklah kehadiran rim aloi berwarna Hitam.

Untuk maklumat lebih lengkap mengenai spefikasi teknikal Yamaha 125ZR Super Sport 2016, anda boleh meneliti paparan brosur yang disiarkan di sini, yang pastinya tidak mengalami sebarang perubahan dari segi prestasi berbanding model sebelumnya. Setakat ini HLYM masih belum mengeluarkan kenyataan sama ada ini merupakan versi terakhir model itu di pasaran.