Penampilan global Nissan GT-R 2017 di NYIAS 2016

0
99

2017 Nissan GT-R (004)

Pada pertengahan bulan Mac yang lepas, Nissan GT-R 2017 terbaharu secara rasminya melakukan penampilan global pertama di New York International Auto Show 2016. Nissan GT-R 2017 terbaharu menawarkan ciri-ciri yang lebih segar di bahagian luaran dan dalaman, di samping penambahbaikan dan peningkatan untuk prestasi pemanduan sebagai salah satu ciri utamanya.

Menurut Nissan USA, rekaan GT-R 2017 terbaharu memberikan fokus kepada lima bahagian utama iaitu rekaan luaran, rekaan bahagian dalaman yang diperhalusi semula, prestasi pemanduan, keselesaan pemanduan dan teknologi canggih – kesemuanya dengan niat untuk mewujudkan tahap baru bagi setiap peningkatan dan keseronokan. Ianya dikatakan sebagai model kereta sport paling canggih dan paling progresif pernah dibina oleh Nissan.

Nissan GT-R 2017 dikuasakan enjin pemenang anugerah bersesaran 3.8 liter (24-valve twin-turbocharged V6 engine) – setiap unit daripadanya dihasilkan secara buatan tangan oleh juruteknik TAKUMI – kini menghasilkan kuasa kuda setinggi 570PS @ 6,800rpm dengan tork puncak 637Nm. Enjin tersebut dikatakan definisi daripada kepakaran TAKUMI itu sendiri.

Enjin tersebut seterusnya dipadankan sistem transmisi ‘dual-clutch’ 6-kelajuan yang diperhalusi semula rekaannya, menawarkan pertukaran gear yang lebih lancar dan mengurangkan bunyi bising. Menurut Nissan lagi, bunyi enjin GT-R yang terkenal turut dipertingkatkan nadanya untuk menghasilkan bunyi yang lebih baik. Kehadiran ekzos titanium terbaharu dan teknologi¬†Active Sound Enhancement (ASE) dikatakan meningkatkan lagi pengalaman pemanduan.