Mazda MX-5 serba baharu menang dua anugerah berprestij dalam majlis ‘2016 World Car of the Year’

0
52

All-New Mazda MX-5 Wins 2016 World Car of the Year (001)

Generasi keempat Mazda MX-5 serba baharu telah memenangi dua anugerah berprestij baru-baru ini, iaitu anugerah ‘2016 World Car of the Year’ dan ‘2016 World Car Design of the Year’.

Ianya merupakan anugerah ‘World Car of the Year’ (WCOTY) kedua yang dimenangi oleh Mazda selepas kemenangan model Mazda2 pada tahun 2008, dan menjadi model pertama yang memenangi dua anugerah serentak di dalam sejarah penganugerahan tersebut. 

All-New Mazda MX-5 Wins 2016 World Car of the Year (002)

Antara finalis lain di dalam majlis anugerah yang diadakan di New York International Auto Show 2016 pada 24 Mac yang lepas ialah Audi A4 Sedan/Avant dan Mercedes-Benz GLC. Finalis lain di dalam kategori ‘World Car Design of the Year’ pula ialah Jaguar XE dan Mazda CX-3.

Setakat ini MX-5 telah memenangi lebih dari 30 anugerah, termasuk ‘2015-2016 Car of the Year Japan’ dan ‘2016 UK Car of the Year’ (UKCOTY). Versi ‘retractable hardtop’ Mazda MX-5 RF baru-baru ini telah diperkenalkan (world debut) di New York International Auto Show 2016.