
Ini ialah model Audi R8 Spyder V10 terbaharu yang melakukan debut di New York International Auto Show 2016 baru-baru ini, yang mana ianya tampil dengan enjin V10 dalam sesaran 5.2 liter yang menghasilkan kuasa 540PS dan tork maksimum 540Nm pada putaran enjin 6,500rpm.
Bergandingan dengan transmisi S tronic 7-kelajuan, Audi R8 Spyder V10 model tahun 2017 ini mampu memecut dari 0 ke 62mph dalam tempoh 3.6 saat, dengan kelajuan maksimum 197mph. Menurut Audi, penghantaran pertama untuk pasaran di UK akan bermula pada lewat tahun ini.