Yamaha 125ZR Super Sport 2016 akan ditawarkan dalam pilihan warna kuning terbaharu

0
871

2016 Yamaha 125ZR Yellow (001)

Yamaha 125ZR Super Sport model tahun 2016 kini bakal ditawarkan dalam pilihan warna terbaharu iaitu kuning dengan penampilan yang lebih menarik, di samping dua warna sedia ada biru dan merah. Setakat ini beberapa keping gambar model tersebut dalam warna kuning telah pun tersiar di dalam laman Facebook, termasuk paparan imej ‘brochure’ rasminya.

Dengan pengenalan warna kuning terbaharu itu, tidak dapat dipastikan sama ada hayat pengeluaran Yamaha 125ZR Super Sport 2016 akan berakhir tidak lama lagi, seperti mana khabar angin yang tersebar sejak beberapa bulan yang lepas. Apa pun, Yamaha 125ZR Super Sport 2016 berwarna kuning dijangka akan tetap laris apabila berada di pasaran tidak lama lagi.

Sumber : Yamaha Parts and Accessories FB