Honda memperkenalkan Winner 150 untuk pasaran Vietnam

0
249

2016 Honda Winner 150 Vietnam (002)

Sebelum ini ramai di kalangan peminat motosikal yang tertanya-tanya sama ada Honda akan melancarkan sebuah model moped terbaharu untuk bersaing dengan model popular Yamaha Exciter 150 (Yamaha Y15ZR di pasaran Malaysia). Kini Honda Vietnam telah memberikan jawapannya dengan pengenalan model terbaharu Honda Winner 150 baru-baru ini.

Honda Winner 150 dilengkapi enjin berkapasiti 150cc dengan teknologi DOHC dan satu silinder tunggal, serta turut dipadankan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, sistem penyejuk enjin jenis cecair, klac tangan manual, dan yang lebih menarik ialah kotak gear dengan 6-kelajuan. Kuasa yang dihasilkan pula setinggi 15.4hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 13.5Nm @ 6,500rpm.

Setakat ini Honda Winner 150 akan berada di pasaran Vietnam mulai bulan Jun 2016, namun tidak dapat dipastikan sama ada model berkenaan akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia. Diharapkan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan mengambil peluang untuk melancarkan Winner 150 di pasaran Malaysia, kerana model ini berpotensi untuk menarik perhatian ramai pembeli.