Debut Maserati Levante di Geneva Motor Show 2016

0
47

Maserati Levante (003)

Maserati telah memilih Geneva Motor Show 2016 untuk melakukan debut (kemunculan sulong) model SUV pertamanya, diberi nama Levante. SUV berkenaan kini melengkapi barisan model sedia ada Maserati untuk pasaran automotif mewah global seperti Quattroporte, Ghibli, GranTurismo dan GranCabrio. Siapa sangka akhirnya syarikat yang berasal dari Itali dan berusia lebih 100 tahun itu akhirnya tunduk kepada kehendak pasaran yang gilakan SUV mewah. 

Menurut Maserati, asas seni bina Levante adalah model Quattroporte dan Ghibli yang terus berkembang dan diperhalusi bagi memenuhi harapan pasaran di dalam segmen tersebut, yang mana ianya adalah percubaan kali pertama Maserati untuk bersaing. Levante dilengkapi enjin petrol V6 Twin-Turbo bersesaran 3.0 liter dengan kuasa sama ada 350hp atau 430hp, dan enjin diesel 3.0 liter V6 Turbo Diesel dengan kuasa 275hp.

Kesemua enjin menerima kombinasi sistem pacuan semua roda pintar “Q4” (which can transfer torque between the axles instantaneously when required) dan kotak gear automatik 8-kelajuan, dengan sistem ‘Start&Stop’ bersepadu. Dari segi prestasi, Levante S (430hp) mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh masa 5.2 saat, dengan kelajuan maksimumnya mencecah 264 km/j. Bagi model Levante (350hp), dari 0 ke 100 km/j disudahi dalam tempoh 6.0 saat dengan kelajuan maksimum 251 km/j. Levante yang dikuasakan enjin diesel pula (275hp) merekodkan masa 6.9 saat untuk pecutan dari 0 ke 100 km/j, dan kelajuan puncaknya ialah 230 km/j.

Melihat kepada perkembangan dan evolusi pengenalan model-model terbaru di dalam segmen SUV masa kini, antara syarikat pengeluar automotif yang mencuba segmen tersebut termasuklah Porsche (sejak tahun 2002), Bentley dan akan datang Lamborghini. Kini ramai yang menantikan sama ada Ferrari akan turut mencuba segmen SUV pada masa depan, walaupun syarikat tersebut setakat ini menolak mentah-mentah idea tersebut yang dianggap karut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here