Geneva Motor Show 2016 : Aston Martin DB11 diperkenalkan

0
77

Aston Martin unveils the DB11 (001)

Aston Martin memperkenalkan DB11 di Geneva Motor Show 2016, sebuah model terbaru dalam siri DB yang dikatakan sebagai model paling berkuasa, paling efisien dan paling dinamik di dalam sejarah syarikat tersebut. Ianya juga didakwa sebagai model terbaru Aston Martin paling signifikan sejak pengenalan DB9 pada tahun 2003. Menurut Aston Martin, DB11 dibangun menggunakan struktur aluminium terbaru yang lebih ringan dan lebih kukuh.

Aston Martin DB11 terbaru ini dilengkapi enjin V12 berkapasiti 5.2 liter dengan sistem pengecas turbo berkembar, menghasilkan kuasa maksimum luar biasa setinggi 608PS dengan tork puncak yang mencecah 700Nm. Ini menjadikannya model produksi DB paling berkuasa pernah diperkenalkan. Lebih dari itu, DB11 mempunyai kelajuan maksimum sehingga 200mph dan pecutan dari 0 ke 62mph dilakukan dalam tempoh masa hanya 3.9 saat.

Sistem enjin Aston Martin DB11 digandingkan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan yang sangat responsif, yang kemudiannya disempurnakan lagi dengan beberapa pilihan mod pemanduan dinamik seperti GT, Sport dan Sport Plus. Menawarkan pengalaman pemanduan yang selesa dan kelincahan sebuah kereta sport sebenar, DB11 terbaru ini berharga sebanyak £154,900 di pasaran UK, dengan penghantaran pertama mulai suku keempat 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here