Honda MSX125 model tahun 2016 diperkenalkan secara rasmi

0
114

16YM MSX125

Honda Motor Europe dengan rasminya memperkenalkan ‘mini-streetfighter’ terbaru Honda MSX125 model tahun 2016 dengan penampilan terkini yang lebih menarik dan sporty. Honda MSX125 dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2013, merupakan produk yang dikeluarkan dari negara Thailand dan menjadi salah sebuah model popular Honda di pasaran negara tersebut.

Honda MSX125 membawakan tradisi Honda sejak sekian lama sebagai sebuah model kecil yang menyeronokkan, yang mana ianya bermula dengan model Monkey pada tahun 1963 dan diteruskan dengan model Dax dan Ape. Sehingga kini Honda MSX telah terjual lebih 300,000 unit, membuktikan popularitinya di seluruh dunia termasuk di pasaran USA dengan nama Honda Grom.

Untuk model tahun 2016 ini, MSX125 tampil dengan perwatakan lebih tajam bersama ciri-ciri ‘mini-streetfighter’ yang lebih padat dan kental. Tangki bahan api dan panel sisi kini mempunyai rekaan lebih bersih dan bersegi, termasuk rekaan bahagian depan yang unik dengan lampu LED terbaru dan wajah ultra-moden tersendiri. Rekaan terbaru lain melibatkan ekor belakang dengan lampu LED, tempat duduk pembonceng yang lebih tinggi dan pendek, serta posisi ekzos yang lebih rendah dan sporty menyerlahkan lagi penampilan terbarunya yang lebih berani.

Honda MSX125 2016 kini telah ditawarkan di pasaran Thailand, manakala pasaran Eropah akan menerimanya bermula dari musim bunga akan datang. Untuk pasaran Malaysia, masih belum terdengar ura-ura sama ada model sporty lagi kompak ini akan di bawa masuk untuk bersaing dengan model terbaru Kawasaki Z125 Pro. Di bawah berikut ialah spesifikasi Honda MSX 2016.

Spesifikasi :

  • Engine Type : 2-valve air-cooled single cylinder
  • Displacement : 124.9cc
  • Max. Power Output : 7.2Kw @ 7000rpm
  • Max. Torque : 10.9Nm @ 5500rpm
  • Carburation : PGM-FI
  • Fuel Tank Capacity : 5.5 litres
  • Fuel Consumption : 1.52L/100km
  • Starter : Electric Motor
  • Clutch Type : Wet multiplate
  • Transmission Type : 4 speed
  • Frame Type : Steel mono-backbone frame
  • Kerb Weight : 101.7 kg
  • Suspension Type Front : USD Front Forks, 31mm
  • Suspension Type Rear : Mono shock, steel square pipe swingarm
  • Tyres Front : 120/70-12
  • Tyres Rear : 130/70-12
  • Brake Type Front : Single 220mm disc with hydraulic dual-piston brake caliper
  • Brake Type Rear : Single 190mm disc with hydraulic single-piston brake caliper
  • Instruments : LCD digital dash with speedometer, twin trip meters, fuel gauge and clock
  • Headlight : LED Headlight and Taillight
  • Colours : Matt Axis Grey Metallic, Pearl Himalayas White, Pearl Valentine Red & Lemon Ice Yellow