Lotus Evora 400 kini secara rasmi di pasaran Malaysia

0
103

Lotus Evora 400 (001)

Kelmarin bertarikh 29hb. Januari 2016, Lotus Cars Malaysia secara rasminya memperkenalkan model terbaharunya Lotus Evora 400 untuk pasaran Malaysia. Lotus Evora 400 menawarkan prestasi tinggi sebuah ‘supercar’ yang digabungkan dengan sistem pengendalian legenda Lotus. 

Berikut ialah komen Dato’ Abdul Harith Abdullah (Director of Group Lotus PLC), Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Holdings Berhad sewaktu pelancaran model berkenaan :

“Kami gembira Lotus Evora 400 telah memasuki pasaran Malaysia kerana ianya merupakan sebuah kereta Lotus versi jalanan paling pantas pernah kami hasilkan. Kereta ini bukan hanya menawarkan penampilan dan gaya sebuah ‘supercar’, malah sememangnya juga merupakan sebuah ‘supercar’ dengan prestasi yang cukup tinggi,”. 

Majlis pelancaran Lotus Evora 400 turut dihadiri oleh YM Tengku Djan Tengku Mahaleel (Head of Lotus Cars Malaysia) dan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad (Chairman of Group Lotus PLC & PROTON). Majlis tersebut juga meraikan Patrick Tam selaku pemilik pertama Lotus Evora 400 di pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, Lotus Evora 400 dilengkapi enjin 3.5 liter V6 yang menghasilkan 400 kuasa kuda dengan tork maksimum 410Nm. Dibina menggunakan casis aluminium terbaharu dengan gabungan badan yang diperbuat daripada bahan komposit ringan, Lotus Evora 400 mencapai kelajuan maksimum 300 km/j dengan pecutan dari 0-100 km/j dilakukan dalam masa 4.2 saat.

Untuk pasaran Malaysia, Lotus Evora 400 ditawarkan pada harga asas RM597,999.00 untuk varian manual dan RM610,999.00 untuk varian automatik. Sempena dengan pelancaran model berkenaan, Lotus Cars Malaysia menawarkan pakej promosi yang mana ianya termasuk 3 tahun jaminan, 2 tahun servis percuma, berpeluang mendapatkan sekali pengalaman di Akademi Pemanduan Lotus dan keahlian automatik di dalam ‘Lotus Official Club Malaysia’ (LOCM). Lebih dari itu, 30 pembeli pertama juga akan menikmati harga promosi istimewa untuk Lotus Evora 400.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut dan melihat sendiri penampilan Lotus Evora 400, para peminat kereta boleh mengunjungi bilik pameran Lotus Cars Malaysia di Jalan Damansara, atau menghubungi terus Pengurus Akaun Utama di talian 03 – 7725 0182.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here