Lakaran Proton Saga 2016, diasaskan daripada model Saga sebelumnya

0
350

Lakaran Proton Saga 2016 Mohd Taufik (001)

Proton bakal melancarkan empat model terbaharu dalam tahun 2016 ini iaitu Saga, Persona dan Perdana, dengan sebuah lagi model dikatakan hasil daripada kerjasama yang dijalinkan dengan syarikat pengeluar automotif dari Jepun, Suzuki. Setakat ini, kelibat model ujian Saga 2016 seringkali ditemui di jalan raya, sedang menjalani ujian ekstensif sebelum pelancaran rasmi.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah adakah Saga 2016 ini merupakan model yang dibangunkan serba baharu sepenuhnya, atau ianya hanyalah model semasa yang telah dinaik taraf semula melibatkan penampilan luaran dan dalamannya? Melihat kepada gambar-gambar ‘spyshot’ model berkenaan yang berlegar-legar di dalam internet, kesimpulan yang dapat dibuat ialah Saga 2016 bukanlah model yang dibangunkan serba baharu sepenuhnya, sebaliknya ianya masih diasaskan daripada model semasa Saga yang ditawarkan di pasaran ketika ini. Namun model tersebut dipercayai telah mengalami beberapa perubahan yang besar (major facelift) agar penampilan terbaharunya nanti lebih segar dan dinamik.

Lakaran Proton Saga 2016 Mohd Taufik (002)

Oleh itu bagi mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai reka bentuk terkini Saga 2016, sahabat saya Mohd Taufik telah menghasilkan lakaran model tersebut berdasarkan pemerhatian beliau terhadap gambar-gambar ‘spyshot’ model sedan kompak berkenaan. Ternyata Saga 2016 masih mengekalkan reka bentuk badan terdahulu, namun telah mengalami perubahan signifikan melibatkan rekaan semula lampu depan dan belakang. Mengenai bahagian dalamannya, tiada sebarang maklumat yang bocor setakat ini, namun rekaan papan pemuka, kusyen tempat duduk dan panel pintu diharapkan akan mengalami rekaan semula yang lebih kemas dan menarik.

Selain itu, enjin dan sistem transmisi Saga 2016 ini juga masih belum diketahui dengan tepat. Adakah ianya akan mengekalkan enjin dan kotak gear sedia ada, atau dilancarkan dengan enjin VVT seperti mana ditawarkan untuk model kompak Iriz? Peningkatan dari aspek keselamatan juga mungkin diberi keutamaan untuk Saga 2016 ini, seperti mana yang dapat dilihat pada model Iriz. Paling penting, berapakah paras harga yang akan ditawarkan untuk Saga 2016 terbaharu ini?

 Sumber : Mohd Taufik Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here