Honda jenama pengeluar kenderaan bukan nasional nombor satu bagi tahun 2015 di pasaran Malaysia

0
148

Honda City

Honda Malaysia Sdn. Bhd. mencatatkan rekod jualan tertingginya sepanjang zaman berjumlah 94,902 unit bagi tahun 2015, secara tidak langsung telah menobatkan jenama tersebut sebagai pengeluar kenderaan nombor satu di pasaran Malaysia dalam segmen bukan nasional. Ianya merupakan pencapaian kali pertama Honda Malaysia dari segi jualan di dalam sejarahnya.

Jualan keseluruhan bagi tahun 2015 meningkat kepada 22 peratus berbanding 77,485 unit yang direkodkan dalam tahun 2014. Honda City menjadi model terlaris dan menyumbang kepada 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan. Ini diikuti oleh model Honda HR-V yang diterima dengan baik dan Jazz yang serba boleh, masing-masing menjadi penyumbang kepada jumlah jualan keseluruhan sebanyak 21 peratus dan 18 peratus masing-masing. City, HR-V dan CR-V juga mengekalkan kedudukan mereka dalam segmen masing-masing bagi tahun 2015.

Honda Malaysia sebelum ini menetapkan sasaran jualan bagi tahun 2015 sebanyak 85,000 unit, namun rekod jualan keseluruhan yang terhasil sehingga penghujung tahun nyata mengejutkan apabila mengalami peningkatan sehingga 12 peratus berbanding sasaran yang dibuat. Dalam bulan Disember, Honda Malaysia turut merekodkan jualan bulanan tertinggi di dalam sejarah dengan sejumlah 10,741 unit kenderaan telah terjual.

Dalam tahun 2014, Honda Malaysia telah mencapai kedudukan nombor satu bagi jualan kenderaan penumpang dalam segmen bukan nasional, dan terus melonjak untuk ke kedudukan nombor satu keseluruhan bagi segmen kenderaan bukan nasional di pasaran tempatan untuk tahun 2015. Dengan permulaan yang memberikan inspirasi untuk tahun 2016 ini, Honda Malaysia komited untuk terus memperkenalkan produk-produk sedia ada untuk pasaran Malaysia dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang dihargai melalui 87 pengedarnya di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here