Kia Rio Sedan di pasaran, harga bermula dari RM72,888.00

0
113

KIA-RIO-Front

Dalam bulan November 2015 yang lalu, Naza Kia Malaysia telah mempamerkan model terbaharu Kia Rio Sedan di ASEAN Auto Show 2015, bertempat di ‘The Mines International Exhibition and Convention Centre’. Kini Rio Sedan secara rasminya berada di pasaran tempatan, dengan harga jualan yang kompetetif bermula dari RM72,888.00.

Kia Rio Sedan dikuasakan enjin 1.4 liter (Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT) dengan kuasa maksimum 109ps @ 6,300rpm dan tork maksimum 137Nm @ 4,200 rpm, yang kemudiannya dipadankan transmisi automatik 4-kelajuan. Rio Sedan turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan komprehensif seperti enam beg udara, ISOFIX, ABS, ECS, HAC dan lain-lain.

Selain harga yang ditawarkan cukup menarik, Kia Rio Sedan juga didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan untuk ketenangan fikiran berpanjangan. Berikut ialah senarai harga Kia Rio Sedan untuk pasaran di Malaysia (harga OTR termasuk insuran dan GST) :

  • Semenanjung Malaysia : RM72,888.00
  • Miri, Sarawak : RM74,791.00
  • Kuching, Sarawak : RM74,033.00
  • Sabah : RM74,328.00

Untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap mengenai spesifikasi dan data teknikal Kia Rio Sedan, anda boleh melihatnya di sini : Spesifikasi dan harga Kia Rio Sedan.