Debut global Lexus LC 500 2017 serba baharu

0
80

2017 Lexus LC 500 (003)

Sewaktu model konsep Lexus LF-LC melakukan penampilan pertamanya di North American International Auto Show (NAIAS) 2012, media, pelanggan setia dan para peminat tertanya-tanya sama ada model konsep dengan rekaan penuh dramatik itu akan dikeluarkan sebagai sebuah model produksi coupe dengan tempat duduk berkonfigurasi 2+2.

Kini bertempat di NAIAS 2016, Lexus telah memperkenalkan dengan rasminya Lexus LC 500 2017 serba baharu. Sememangnya mengagumkan apabila model ini kekal tampil dengan rekaan dan gaya yang cukup sporty dan mempersonakan, diinspirasikan daripada model konsep Lexus LF-LC yang sebelum ini ramai tidak menjangkakan kehadirannya.

Bersesuaian dengan penampilan luarannya yang luar biasa, Lexus LC 500 2017 dikuasakan enjin 5.0 liter V8 yang menghamburkan kuasa 467 HP @ 7,100 (redline 7,300 rpm) dengan tork maksimum 389 lb-ft @ 4,800rpm. Enjin berprestasi tinggi itu dipadankan transmisi automatik 10 kelajuan, seterusnya mencapai kelajuan dari 0 – 60 mph di bawah 4.5 saat.