Model konsep Kia Telluride diperkenalkan di NAIAS 2016

0
154

2016 Kia Telluride Concept (001)

Bertempat di North American International Auto Show (NAIAS) 2016, Kia memperkenalkan model konsep terbaharu yang diberi nama Kia Telluride. Model konsep berkenaan merupakan sebuah SUV dalam kelas mewah bersaiz besar (full-size SUV) dengan tujuh tempat duduk, kelihatannya sangat gagah dan mantap sekali penampilan keseluruhannya.

Dengan kombinasi teknologi serba canggih dan inovatif, Telluride menawarkan sistem penggerak yang berkuasa dan cekap, yang berupa gabungan enjin petrol 3.5 liter GDI (gasoline direct injected) dan motor eletrik yang cukup berkuasa. Gabungan itu menghasilkan kuasa sehingga 400 kuasa kuda, pada masa yang sama mencapai tahap penggunaan bahan api lebih 30 mpg di atas lebuh raya. Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan semua roda termaju.

Menurut Kia, syarikat tersebut tidak mempunyai perancangan untuk membawa Telluride masuk ke barisan pengeluaran, namun sejarah telah membuktikan bahawa Kia kebiasaannya mengeluarkan kereta yang diilhamkan berdasarkan model-model konsep yang pernah diperkenalkannya. Kesimpulannya, Telluride adalah konsep dan juga fantasi terkini dari Kia.