Mazda Roadster serba baharu menang anugerah ‘2015-2016 Car of the Year Japan’

0
60

2016 Mazda MX-5 Miata

Pada 7 Disember 2015, Mazda Roadster (juga dikenali dengan nama Mazda MX-5 untuk pasaran di luar Jepun), telah memenangi anugerah berprestij ‘2015-2016 Car of the Year Japan’. Mazda Roadster merupakan model keenam dari siri generasi baharu kenderaan Mazda yang dilengkapi teknologi SKYACTIV sepenuhnya bersama-sama gaya rekaan KODO-Soul of Motion.

Mazda Roadster menyusuli kejayaan Mazda Demio (Mazda2) pada tahun lepas untuk menjadi model keenam Mazda yang memenangi anugerah ‘Car of the Year Japan’. Kesemua kenderaan penumpang dengan¬†jumlah jualan tahunan dijangka lebih 500 unit, diumumkan atau dilancarkan di antara 1 Oktober 2014 dan 31 Oktober 2015, layak untuk bersaing untuk anugerah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here