Hyundai capai angka jualan sejuta unit di pasaran UK

0
65

Hyundai Motor reaches One Millionth Milestone in the UK

Hyundai pada 26 November 2015 yang lepas telah mengumumkan pencapaian signifikan dalam sejarahnya di pasaran UK, apabila syarikat dari Korea itu mencatatkan angka jualan kenderaan yang ke sejuta unit sejak tahun 1982 dengan model pertama Hyundai Pony.

Sebagai tanda untuk meraikan pencapaian bersejarah itu, Hyundai telah mengadakan suatu kempen peraduan #M1LLION dengan hadiahnya berupa SUV kompak Hyundai Tucson serba baharu. Peserta peraduan tersebut perlu menamakan seseorang di kalangan satu dalam sejuta (one in a million) yang pada pandangan mereka layak untuk menerima hadiah berkenaan.

Melihat kepada pencapaian yang diraih oleh Hyundai di pasaran UK dengan jualan sehingga satu juta unit kenderaan, syarikat tersebut kini boleh dikatakan mempunyai imej sebaris dengan jenama-jenama terkenal lain sama ada dari Jepun, Amerika Syarikat atau Eropah.

Adalah menakjubkan apabila mengenangkan Hyundai hanyalah satu jenama kerdil pada suatu ketika dahulu, namun obsesi mereka untuk menghasilkan kenderaan yang berkualiti dengan gaya rekaan yang menarik telah berjaya menambat hati pelanggan di seluruh dunia. Untuk berjaya, Hyundai sebenarnya telah mengambil pendekatan radikal untuk berubah secara keseluruhannya.

Memang tepat apa yang diperkatakan oleh pakar pengiklanan sebelum ini. Promosi terbaik yang perlu dilakukan oleh syarikat automotif ialah dengan memastikan kenderaan mereka berada di jalan raya dalam jumlah yang banyak. Nampaknya Hyundai memahami falsafah kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here