Warna baharu ‘Carnival Red’ untuk Honda Jazz

0
204

Honda Jazz Carnival Red New Colour (001)

Pada 5 Januari 2016 yang lepas, Honda Malaysia secara rasminya memperkenalkan warna baharu Merah Karnival (Carnival Red) untuk model kompak Honda Jazz di pasaran tempatan. Sebagai tambahan untuk warna baharu yang menyerlah itu, Honda Jazz (varian S) turut menerima pelbagai penambahbaikan yang menarik berdasarkan maklum balas pasaran.

Penambahbaikan tersebut antaranya termasuklah jeriji depan yang kini berwarna hitam berkilat dengan saduran krom, ‘rear license garnish’ juga menerima saduran krom yang kelihatan elegan, dan cermin pintu kini mempunyai pelaras berkuasa (power adjustable) untuk lebih kemudahan. Honda Malaysia mensasarkan Jazz ‘Carnival Red’ untuk pelanggan dari golongan muda.

Honda Jazz dikuasakan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC dengan padanan transmisi ‘Continuous Variable Transmission’ (CVT). Ketiga-tiga varian Honda Jazz ditawarkan dengan warna ‘Carnival Red’ untuk pilihan warna sedia ada seperti ‘Tinted Silver’, ‘Taffeta White’, ‘Crystal Black Pearl’ dan ‘Modern Steel Metallic’. Sasaran jualan Jazz ‘Carnival Red’ ialah 200 unit sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here