‘Teaser’ Honda Ridgeline 2017 serba baharu menjelang debut global di NAIAS 2016

0
72
Honda Ridgeline

Honda Ridgeline

Trak pikap Honda Ridgeline 2017 serba baharu akan melakukan debut global di North American International Auto Show (NAIAS) 2016 pada 11 Januari. Menjelang penampilan pertamanya di peringkat antarabangsa itu, sekeping imej ‘teaser’ model berkenaan telah didedahkan.

Sama seperti generasi pertama Ridgeline yang turut melakukan debut di NAIAS 2005, Ridgeline 2017 serba baharu direka dan dibangunkan oleh Honda R&D Americas, Inc., studio rekaan yang terletak di Torrance, California dan pusat kajian dan pembangunan di Raymond, Ohio.

Ridgeline dan enjinnya akan dikeluarkan oleh Honda Manufacturing of Alabama, Inc., yang terletak di Lincoln, Alabama. Ridgeline 2017 serba baharu adalah buatan Amerika sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here