Adakah ini ‘spyshot’ Proton Saga 2016?

0
94

Proton Saga 2016 (001)

Agak lama saya tidak mengemaskini maklumat terbaharu mengenai Proton Saga 2016 @ Proton Saga R yang dikatakan bakal dilancarkan dalam tahun ini. Apa yang pasti, Proton kini sedang rancak menguji model yang dinanti-nantikan itu di jalan raya awam seperti kebiasaannya.

Terkini, beberapa keping gambar Proton Saga 2016 yang sedang diuji di jalan raya telah ditemui. Berdasarkan gambar-gambar ‘spyshot’ tersebut, Proton Saga 2016 tidak mengalami perubahan yang terlalu besar dari segi rekaannya, cuma bahagian belakang sahaja yang nampak berbeza.

Proton Saga 2016 (002)

Ini menjadikan saya agak kehairanan. Adakah Proton Saga 2016 dibangunkan serba baharu sepenuhnya, atau sekadar menerima penambahbaikan ‘facelift’ yang ekstensif di bahagian luaran dan dalamannya? Kalau sekadar ‘facelift’ biasa, mungkin ianya agak mengecewakan.

Namun kita semua masih boleh menaruh harapan. Mana tahu Proton Saga 2016 akan tampil dengan enjin turbo bersama-sama sistem transmisi yang lebih mantap bersama-sama ciri-ciri baharu yang lebih menarik. Apa pun, saksikan dahulu gambar-gambar spyshot tersebut.

Sumber : Proton Iriz Community (Malaysia) Official

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here