Honda Spacy kini didatangkan dengan penampilan baharu

0
396

Brochure Honda Spacy 2016 (001)

Boon Siew Honda telah memperkenalkan Honda Spacy yang kini didatangkan dengan penampilan terbaharu yang lebih mempersonakan. Berbanding dengan siri sebelumnya, perubahan utama adalah kepada rupa bentuk yang anggun, di mana bahagian badan luaran kini bebas daripada sebarang stiker tambahan tetapi telah digantikan dengan lambang yang berwarna krom.

Spacy baharu ini juga telah mewarisi ciri utama dari model sebelumnya yang memastikan ruang yang luas di setiap sudut motosikal, dari kotak utiliti (U-Box) bersaiz 18 liter XL yang mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh (full-face helmet) hinggalah ke tangki minyak berkapasiti 5.2 liter yang mengurangkan kekerapan penunggang untuk mengisi minyak.

Selain itu, ciri-ciri utama lain juga adalah mengenai keluasan kedua-dua panel lantai dan kerusi, serta peti hadapan yang boleh memuatkan botol air 500ml atau barang-barang lain di saiznya.

Model ini juga dilengkapi dengan kemudahan dan gaya yang lebih menyeluruh dan salah satu contoh adalah penyangkut bagi memudahkan penunggang untuk menggantung barang-barang mereka semasa dalam perjalanan. Bahagian kunci utama yang bercahaya dalam gelap dan mempunyai sistem penutup bermagnet, mengurangkan risiko kecurian.

Honda Spacy 2016 (002)

Tambahan pula, bagi meningkatkan penglihatan pengguna jalan raya, reka bentuk lampu Spacy baharu ini juga telah dinaik taraf menjadi halogen dan bukannya jenis mentol biasa. Selain menyerlahkan lagi penampilan, gandingan lampu hadapan besar serta terang dengan lampu isyarat membelok yang besar dan lampu kabus dapat meningkatkan lagi keselamatan ketika menunggang pada waktu malam, hujan atau ketika keadaan berkabus.

Lampu belakang pula mempunyai rekaan yang mempesona dengan lampu isyarat membelok yang dipisahkan bagi memudahkan penglihatan oleh kenderaan yang berada di belakangnya.

Spacy baharu ini mengekalkan spesifikasi yang sama seperti sebelumnya, dengan sistem kipas penyejuk, 4 lejang, dan enjin 110cc satu silinder OHC dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Ia juga menjimatkan bahan api dengan pencapaian sehingga 41.5km bagi setiap liter petrol serta mematuhi standard pelepasan Euro II berdasarkan kepada ujian Mod ECE40.

Spacy baharu ini boleh didapati dalam tiga warna yang elegan iaitu ‘Pearl Metaloid White’, ‘Pearl Magellan Black’ dan ‘Euphoria Red Metallic’. Harga Spacy baharu ini ditetapkan untuk bilik pameran adalah sebanyak RM4,999.00 dengan tempoh jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu dan boleh didapati di seluruh negara bermula dari 1/1/2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here