McLaren 675LT Spider edisi terhad, 500 unit dikeluarkan

0
42

McLaren 675LT Spider (001)

McLaren Automotive memperkenalkan 675LT Spider, model kedua keluarannya yang menggunakan nama ikonik ‘Longtail’ selepas model 675LT Coupe. Dikeluarkan dalam edisi terhad hanya 500 unit untuk pasaran di seluruh dunia, McLaren 675LT Spider terbaharu memberi fokus kepada berat yang ringan, peningkatan ciri aerodinamik, pertambahan kuasa dan fokus kepada prestasi di litar.

McLaren 675LT Spider dikuasakan enjin 3.8 liter V8 twin turbo yang menghasilkan prestasi maksimum 675PS @ 7,100rpm dengan tork puncak 700Nm di antara 5,000 sehingga 6,500rpm. Dengan kuasa yang sebegitu mewah, model berkenaan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 2.9 saat, dan 200km/j dicapai dalam masa 8.1 saat. Kelajuan maksimumnya pula ialah 326km/j.

Model paling terkini ini merupakan model kelima yang diperkenalkan oleh McLaren Automotive dalam tahun 2015, selepas model McLaren P1™ GTR, 570S Coupe dan 540C Coupe, serta model 675LT Coupe. Harga yang ditawarkan ialah sebanyak £285,450, namun menurut pengeluarnya tempahan telah pun ditutup sebelum penghantaran pertama sempat dilakukan, dijadualkan pada musim panas 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here