Hyundai dedah lakaran model terbaharu IONIQ

0
133

The new Hyundai IONIQ (001)

Hyundai secara rasminya mendedahkan beberapa keping gambar lakaran model terbaharu IONIQ menjelang pelancarannya di Korea hujung bulan ini. Pra-tempahan model berkenaan kini turut dibuka di beberapa pasaran terpilih. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, ianya memperlihatkan rekaan di bahagian luaran dan dalaman IONIQ yang sangat menarik dan dinamik.

Menurut Hyundai, IONIQ merupakan kereta pertama di dunia yang menawarkan tiga pilihan sistem penjana kuasa yang cekap dan sangat rendah pengeluaran emisinya di dalam sebuah model. Ketiga-tiga pilihan sistem penjana kuasa itu ialah sama ada eletrik sepenuhnya menggunakan kuasa dari bateri, sistem ‘plug-in hybrid’ atau ‘hybrid’.

IONIQ dikatakan sebagai jawapan Hyundai terhadap model hibrid Toyota Prius, namun dari segi rekaan keseluruhannya ternyata IONIQ menawarkan sesuatu yang lebih sporty dengan tema rekaan hampir sama seperti sebuah kereta konvensional. Lebih dari itu IONIQ menawarkan pilihan sistem penjana kuasa yang lebih luas, bukan hanya hibrid semata-mata.

Hyundai IONIQ terbaharu akan muncul untuk persembahan di Geneva International Motor Show 2016 dalam bulan Mac akan datang, selepas kemunculan pertama (world premiere) di negara asalnya pada hujung bulan ini. IONIQ akan berada di pasaran pada tahun 2016 ini, namun Hyundai masih belum mendedahkan tarikh yang lebih spesifik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here