Honda CB4 Concept dipamerkan di EICMA 2015

0
102

Honda CB4 Concept (001)

Selain daripada model konsep CBSix50, Honda turut mempamerkan model konsep CB4 di EICMA 2015 yang berlangsung pada penghujung tahun lepas. Melihat kepada penampilannya, Honda CB4 Concept dibangunkan dengan tujuan untuk tunggangan di dalam bandar, tidak seperti CBSix50 yang lebih sesuai digunakan di laluan lasak.

Honda CB4 Concept (005)

Honda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengeluaran model konsep CB4, begitu juga dengan CBSix50 yang mungkin akan kekal sebagai model konsep semata-mata. Bagaimanapun dijangkakan para pemilik Honda CB650F dan Honda CBR650F kini telah mendapat idea baru untuk melakukan modifikasi terhadap motosikal milik mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here