Pengeluaran McLaren P1 sampai ke penghujungnya

0
74

McLaren P1 (006)

Supercar McLaren P1 akhirnya telah sampai ke penghujung pengeluarannya sejak ia membuat kemunculan pertama di pertunjukan automotif Paris Motor Show 2012, yang pada waktu itu sebagai sebuah model yang masih lagi di dalam fasa pembelajaran (design study). McLaren P1 merupakan model pertama daripada siri McLaren Ultimate Series, dikeluarkan dalam jumlah terhad 375 unit keseluruhannya.

Unit pertama McLaren P1 meluncur keluar dari barisan produksi dalam bulan September 2013 dengan warna luaran Ice Silver, sehinggalah sampai ke model terakhir yang telah siap sepenuhnya dalam warna Pearlescent Orange. McLaren P1 merupakan sebuah supercar yang mempunyai prestasi luar biasa, dikuasakan enjin petrol V8 3.8 liter twin turbo yang cekap dengan gandingan motor eletrik ringan, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 916PS dengan tork puncak 900Nm.

Melalui pendekatan inovatif, McLaren P1 mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam tempoh hanya 2.8 saat, dengan 200km/j dicapai dalam jangka masa singkat 6.8 saat dan 300km/j dicapai dalam masa hanya 16.5 saat. Kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 350km/j. Dengan tibanya model terakhir McLaren P1, model Ultimate Series diteruskan lagi dengan pengeluaran model edisi terhad McLaren P1 GTR yang dikhususkan untuk kegunaan di litar.

Menurut pengeluarnya, model istimewa dengan kuasa maksimum mencecah 1000PS itu akan disempurnakan pengeluarannya pada awal tahun 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here