Rekaan interior E-Class terbaharu berinovasi dan memukau

0
108

E-Klasse InterieurE-Class Interior

Mercedes-Benz mengatur langkah lebih jauh ke masa depan dengan memperkenalkan beberapa inovasi di dalam E-Class terbaharu, termasuk menonjolkan rekaan interior yang begitu memukau. Antaranya dengan menampilkan paparan skrin ‘dual display’ generasi seterusnya yang mempunyai resolusi tinggi (12.3 inches per display), serta tambahan butang kawalan sensitif (touch-sensitive control buttons) di bahagian roda stereng.

Ianya membolehkan pemandu mengawal sistem infohiburan menggunakan sapuan jari (finger swipes) tanpa perlu mengalihkan tangan mereka daripada stereng. Pada masa yang sama, setiap penumpang akan menikmati kehalusan seni bina rekaan dalaman pintar dengan ruang yang luas menggunakan bahan-bahan berkualiti. Interior E-Class terbaharu ternyata memberikan pandangan yang berbeza mengenai konsep kemewahan kontemporari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here