Mercedes-AMG S 65 Cabriolet terbaharu miliki kuasa maksimum 630hp dengan tork puncak 1000Nm

0
66

The new Mercedes-AMG S 65 Cabriolet (001)

Kedengarannya agak berlebihan namun itulah hakikatnya. Mercedes-AMG S 65 Cabriolet terbaharu memiliki bukan sahaja prestij, tetapi prestasi yang cukup berkuasa dan impresif. Dikuasakan enjin 6.0 liter V12 biturbo, model cabriolet dengan empat tempat duduk itu memiliki kuasa kuda maksimum 630hp @ 4800-5400rpm dengan tork puncak luar biasa setinggi 1000Nm @ 2300-4300rpm.

Apabila dipadankan bersama-sama sistem transmisi AMG SPEEDSHIFT PLUS 7G-TRONIC, S 65 Cabriolet terbaharu mampu melakukan pecutan dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa hanya 4.1 saat, dengan kelajuan maksimumnya dihadkan kepada 250km/j. Untuk pasaran UK, model berkenaan boleh ditempah bermula dari 4 April 2016, dengan ketibaan pertama di bilik pameran Mercedes-Benz dalam musim panas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here