Mercedes-Benz memperkenalkan SLC serba baharu

0
74

The new Mercedes-Benz SLC (012)

Pada bulan Mac 2016 yang akan tiba tidak lama lagi, 20 tahun selepas kelahiran segmennya, model roadster kompak padat yang terkenal akan diberikan nama baharu SLC, secara signifikannya dengan teknologi yang dioptimumkan dan penampilan keseluruhan yang lebih baik.

Model yang diperkatakan itu ialah Mercedes-Benz SLC serba baharu, mempunyai hubung kait sejarah yang mengagumkan bermula dari model terdahulu SLK, yang mana ianya dilancarkan pada tahun 1996 dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia dengan pencapaian jualan sekitar 670,000 unit.

Mercedes-Benz SLC serba baharu akan dilancarkan dalam lima varian kesemuanya bermula dengan varian SLC 180, seterusnya diikuti varian SLC 200, SLC 300, SLC 250 d, dan varian teratas Mercedes-AMG SLC 43. Menurut pengeluarnya, SLC serba baharu akan tiba di bilik pameran bermula dari bulan April 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here