
PSA Peugeot Citroen dan Toyota Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan tiga model terbaharu Citroen SPACETOURER, Peugeuot TRAVELLER dan Toyota PROACE. Ketiga-tiga model tersebut akan ditawarkan dalam versi MPV untuk kegunaan persendirian dan juga versi komersial untuk perniagaan.
Citroen SPACETOURER, Peugeuot TRAVELLER dan Toyota PROACE dibangunkan di atas satu platform hasil kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua syarikat pada tahun 2012, dan telah mengesahkan kerjasama itu akan berterusan. Ketiga-tiga model akan dilancarkan pada separuh pertama 2016 dan akan dipamerkan kepada umum di Geneva Motor Show 2016 di atas pentas masing-masing.
Hasil akhir ketiga-tiga model untuk Citroen, Peugeot dan Toyota memperlihatkan perubahan luaran dengan gaya rekaan yang tersendiri, termasuk kental dengan identiti jenama masing-masing. Baik SPACETOURER, TRAVELLER atau PROACE, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.