Bermulanya evolusi sebuah ikon : Bentley Continental

0
60

Bentley Continental - Evolution of an Icon (001)

Bentley Motors merupakan salah sebuah pengeluar kereta mewah ternama di dunia, mengeluarkan empat jenis model kenderaan iaitu Continental, Flying Spur, Bentayga dan Mulsanne. Ibu pejabatnya terletak di Crewe, England dan ianya adalah pusat untuk segala aktivitinya termasuk rekaan, R&D, kejuruteraan dan pengeluaran.

Bagi model Continental yang diiktiraf sebagai salah satu model paling ikonik di atas jalan raya ketika ini, susur galur sejarahnya boleh dikesan seawal tahun 1952 melalui R-Type Continental, model Grand Tourer yang boleh dikatakan sebagai yang pertama di dunia. Hanya 208 unit model berkenaan dikeluarkan sepanjang tempoh pengeluarannya.

Bentley R-Type Continental mempunyai kelajuan maksimum 120 mph, menjadikannya model empat tempat duduk dengan kelajuan paling pantas di dunia sewaktu ianya dilancarkan. Ianya merupakan suatu pencapaian yang cukup hebat bagi Bentley Motors kerana tiada kereta lain sekelasnya yang mampu melakukannya pada waktu itu.

Kini Continental terus mengalami evolusi yang berterusan namun masih mengekalkan elemen rekaan terdahulu yang menjadi tanda pengenalannya. Dengan kuasa dari enjin W12 dan kelajuan puncak 206 mph, serta kemampuan merentasi benua dalam keadaan selesa sepenuhnya, versi terkini Continental GT Speed adalah sebuah model yang benar-benar luar biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here