Honda RC213V-S milik pelanggan pertama di UK

0
81

First customer delivery of the Honda RC213V-S

Pada tarikh 21hb. Disember 2015 yang baru saja berlalu, sejarah telah tercipta apabila Honda menyerahkan jentera berprestasi tinggi RC213V-S kepada pelanggan pertamanya di peringkat global. Pelanggan pertama Honda yang bertuah itu ialah Mr John Brown dari UK, yang juga merupakan pemilik pusat edaran motosikal Honda di Manchester.

Sebagai seorang peminat tegar motosikal Honda dan juga bertaraf pengumpul, RC213V-S akan berada di dalam barisan koleksi sedia ada beliau seperti RC30 terbaharu, VTR1000 SP1 dan SP2, CBR900RR Fireblade dan VF1000F. Majlis penyerahan Honda RC213V-S kepada Mr John Brown diadakan di ibu pejabat Honda Racing UK, di mana semua jentera yang dijual di pasaran UK akan disediakan dan diservis oleh juruteknik yang berpengalaman dan dilatih khas di bengkel tersebut.

Berikut ialah komen Mr John Brown selaku pemilik pertama Honda RC213V-S di dunia:

“When I first heard of this project I thought ‘when this happens I have to have one of these’. It is a truly amazing opportunity to own a piece of HRC racing history. As soon as it went on sale I registered my interest on the website, and when I received the call from Honda to say my order was accepted it was a very special day for me. I joined my family business as a 17-year old and have been a Honda dealer ever since. My dealership has been one of the top-three in the UK for many years and the bike will be great with my existing collection. I’d like to thank all the people at Honda for making this dream come true.”

Berikut pula ialah komen Tetsuo Suzuki (Operating Officer, Honda Motorcycles):

“To see the world’s first RC213V-S presented to a customer today is fantastic, especially to someone like John who is so passionate about Honda.

Throughout the development process we have kept the RC213V-S as similar to the MotoGP machine as possible, so that the customer gets the closest experience to riding the RC213V as possible. The sales and interest in the bikes has been very strong, with some customers wanting to keep in collections and others wanting to ride.”

Sebelum saya terlupa, Honda RC213V-S dijual pada harga hampir RM900K untuk pasaran Eropah. Jadi, adakah jentera jalanan yang diilhamkan daripada prestasi jentera MotoGP itu akan turut berpeluang menjadi milik salah seorang rakyat Malaysia?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here