Hyundai Vision G Coupe Concept terjemah evolusi rekaan dan teknologi termaju di Frankfurt Motor Show 2015

0
69

Hyundai Vision G Coupe Concept (001)

Sewaktu berlangsungnya pertunjukan automotif antarabangsa Frankfurt International Motor Show 2015 yang lalu, Hyundai telah mempersembahkan kepada pengunjung sebuah model konsep terbaharu yang cukup menarik, dikenali dengan nama Hyundai Vision G Coupe Concept.

Menurut Hyundai, model konsep itu telah memperlihatkan evolusi gaya rekaan terkini yang akan diterjemahkan melalui model-model premium keluaran syarikat tersebut pada masa depan. Ianya juga secara tidak langsung memperlihatkan keghairahan Hyundai terhadap prestasi dan kemewahan, di samping memperkenalkan teknologi dan ciri-ciri termaju masa depan.

Hyundai Vision G Coupe Concept dikuasakan oleh enjin 5.0 liter Tau V8 yang menghasilkan sehingga 420 kuasa kuda pada 6,000rpm dengan tork mencecah 383 lb. ft. pada 5,000rpm. Sementara menantikan kelahiran model produksi pertamanya, kita saksikan dahulu gambar-gambar menarik Vision G Coupe Concept ini dalam galeri di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here