Hyundai perkenal jentera rali i20 WRC di Frankfurt 2015

0
73

New Generation i20 WRC (001)

Hyundai mungkin agak ketinggalan dalam siri kejuaraan rali dunia, namun syarikat tersebut kini dilihat mula serius dalam membangunkan jenteranya untuk bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia FIA 2016 (2016 FIA World Rally Championship), bermula dengan Rali Monte Carlo dalam bulan Januari 2016 akan datang.

Jentera yang dimaksudkan itu ialah generasi terbaharu i20 WRC yang sebelum ini diperkenalkan kepada umum di Frankfurt International Motor Show 2015. Menurut Hyundai, ‘New Generation i20 WRC Rally Car’ kini sedang giat dibangunkan termasuk menjalani ujian ekstrem agar jentera tersebut benar-benar mampu¬†bersaing.

Melihat kepada gambar-gambar rasmi jentera rali i20 WRC terbaharu yang didedahkan seperti mana dalam galeri di bawah, ianya dijangka akan dapat memberikan saingan sengit kepada jentera-jentera rali daripada pelbagai jenama automotif lain yang lebih berpengalaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here