
Sebelum ini saya telah menyiarkan galeri gambar-gambar menarik Yamaha FZ150i 2015 dalam warna biru yang cukup sporty, termasuk video ringkas model berkenaan yang dimuatnaik ke laman perkongsian video YouTube bertajuk 2015 Yamaha FZ150i New Colour.
Kali ini saya siarkan pula beberapa keping gambar model tersebut dalam warna merah yang bagi saya cukup menyerlah dan mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan Yamaha FZ150i 2015 berwarna merah itu dalam video Youtube di atas.