Perodua Kenari 2016 bakal dilancarkan?

0
260

Spyshot Daihatsu Move 2015 (001)

Sejak beberapa hari yang lalu saya dapati ramai yang membuat carian mengenai Perodua Kenari 2016 yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Perodua pada tahun depan. Setakat ini pihak Perodua sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pelancaran Kenari 2016 serba baharu, jadi ianya mungkin hanya sekadar khabar angin.

Spyshot Daihatsu Move 2015 (002)

Bagaimanapun sebelum ini sekitar bulan Mei 2015, sebuah model kompak Daihatsu Move 2015 telah ditemui sedang menjalani ujian di atas jalan raya di negara kita, lalu mencetuskan andaian bahawa model itulah yang akan dibangunkan sebagai model pengganti Kenari generasi seterusnya. Jadi ada benarnya juga kenyataan yang menyebut bahawa Perodua sememangnya sedang dalam perancangan untuk melancarkan Kenari 2016 serba baharu.

Spyshot Daihatsu Move 2015 (003)

Untuk makluman, Daihatsu Move 2015 diperkenalkan di pasaran Jepun pada bulan Disember 2014, tampil dengan reka bentuk berkotak namun mempunyai gaya rekaan yang agak menarik, malah ada yang menyamakan model ini sebagai baby Alphard, merujuk kepada model MPV popular Toyota Alphard. Jadi adakah anda kini juga berpendapat bahawa Perodua Kenari 2016 serba baharu akan muncul di pasaran tidak lama lagi?

Sumber : Funtasticko.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here