Honda Integra 2016 terima kemaskini terbaharu

0
143

2016 Honda Integra (001)

Merupakan sebuah ‘maxi-scooter’ yang dilancarkan pada tahun 2012, Honda Intergra kini telah menerima beberapa naik taraf terbaharu bagi model tahun 2016. Namanya berasal daripada perkataan ‘integrates’, yang mana ianya merujuk kepada integrasi di antara keselesaan dan gaya sebuah skuter dengan prestasi dinamik pada motosikal. 

Antara kemaskini utama untuk Integra 2016 ini ialah ianya didatangkan dengan lampu utama dan lampu belakang LED terbaharu, yang memberikan sentuhan lebih berkelas dan praktikaliti. Paparan instrumen terbaharu pula kini mempunyai paparan berbilang warna yang boleh dipersonalisasikan bagi memberikan imej lebih premium. Tambahan kepada citarasa berkelas tinggi itu ialah pilihan dua skim warna ‘Special Edition’ (SE) terbaharu yang lebih menawan.

Honda Integra 2016 memiliki enjin bersesaran 745cc (Liquid-cooled 4-stroke 8-valve, SOHC parallel 2-cylinder) dengan kuasa maksimum 40.3kW @ 6,250rpm dan tork maksimum 68Nm @ 4,750rpm. Dilengkapi dengan sistem ‘PGM-FI electronic fuel injection’ yang canggih, enjin skuter maxi berkenaan dipadankan transmisi ‘Dual Clutch Transmission’ (DCT) yang lancar.

Menurut Honda, enjin pada Integra 2016 mematuhi piawaian EURO4 dengan emisi CO2 81g/km dan penggunaan bahan api 28.6km/l (WMTC mode), memberikannya perjalanan dalam lingkungan 400km untuk setangki penuh 14.1 liter. Integra 2016 boleh didapati dalam pilihan lima warna menarik seperti ‘Pearl Glare White’, ‘Matte Bullet Silver’, ‘Matte Gunpowder Metallic’, ‘Matt Alpha Silver Metallic’ (Special Edition) dan ‘Matte Majestic Silver Metallic’ (Special Edition).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here