Porsche Macan GTS 2017 terima peningkatan prestasi

0
65

Porsche Macan GTS (001)

Pada penghujung Oktober 2015 yang lalu, Porsche mengumumkan kehadiran Macan GTS, versi lebih berkuasa dan lebih berprestasi dengan naik taraf terkini melibatkan sistem suspensi, bahagian luaran dan dalaman dengan tema menarik GTS yang spesifik dan pilihan sambungan (connectivity) terbaru. 

Porsche Macan GTS dikuasakan enjin 3.0 liter V6 ‘twin-turbocharged’ yang diasaskan daripada enjin pada model Macan S, dengan perubahan komponen dan talaan unik untuk membolehkan enjin tersebut menghasilkan sehingga 360hp pada 6,000rpm dan 369 lb.-ft. tork maksimum di antara 1,650 – 4,000 rpm. Seterusnya sistem penjana kuasa pacuan semua roda itu digandingkan bersama-sama transmisi dual-klac PDK tujuh kelajuan.

Macan GTS 2017 terbaharu ini mampu memecut dari sifar ke 60mph dalam masa hanya 4.8 saat (in conjunction with the optional Sport Chrono Package) dan mempunyai kelajuan maksimum sehingga 159mph. Untuk pasaran Amerika Syarikat, Porsche Macan GTS 2017 akan berada di pasaran mulai Mac 2016, dengan harga asas MSRP $67,200.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here