Chevrolet perkenal konsep modifikasi Camaro SS 2016

0
103

Camaro SS Black Accent Package concept (001)

Chevrolet baru-baru ini telah memperkenalkan dua buah model konsep modifikasi Camaro SS 2016, bagi memperlihatkan tentang kemampuan model Camaro generasi keenam serba baharu itu untuk diubahsuai menggunakan aksesori-aksesori dan alat ganti berprestasi tinggi yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. 

Kedua-dua konsep pengubahsuaian itu dikenali dengan nama Red Accent dan Black Accent dengan tema rekaan masing-masing yang tersendiri, setiap satunya menggunakan komponen-komponen yang akan ditawarkan oleh Chevrolet pada tahun pertama Camaro. Pengenalan konsep itu akan memberikan peluang kepada pemilik Camaro untuk melihat contoh pengubahsuaian yang sesuai dengan personaliti dan minat mereka.

Kedua-dua model yang telah diubahsuai itu iaitu ‘Camaro SS Black Accent Package Concept’ dan ‘Camaro SS Red Accent Package Concept’ telah dipertontonkan kepada orang ramai sewaktu berlangsungnya pameran automotif antara yang terbesar di USA, di SEMA Show 2015 yang diadakan bermula dari 1 sehingga 4 November 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here