Benelli TNT25 dilancarkan di pasaran Thailand

0
157

Benelli TNT25 Black Colour (001)

Sebelum ini saya pernah melaporkan bahawa motosikal naked terbaru Benelli TNT 250 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, namun sehingga kini masih belum ada perkembangan yang menggembirakan. Bagaimanapun, Benelli TNT 250 yang diperkatakan itu telah pun dilancarkan di pasaran Thailand pada penghujung Oktober 2015 yang lalu, pada harga sekitar 94,900 baht (RM11,343.06).

Untuk pasaran Thailand, model berkenaan dikenali dengan nama Benelli TNT25, dan dilengkapi enjin 249cc dengan pilihan tiga warna menarik merah, putih dan hitam. Berdasarkan maklumat dari Benelli, Thailand merupakan pasaran pertama di dunia yang menerima kehadiran Benelli TNT25. Berdasarkan carian di dalam internet mendapati model itu turut akan dilancarkan di pasaran India pada keesokan hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here