Lamborghini Huracán LP 580-2 terbaharu diperkenalkan

0
120

Lamborghini Huracan LP 580-2 (001)

Automobili Lamborghini pada pertengahan November 2015 yang lepas telah memperkenalkan Huracán LP 580-2, sebuah model Huracán coupe yang didatangkan dalam versi pacuan dua roda belakang. Model itu dibangunkan secara khusus untuk menepati talaan pacuan roda belakangnya, dengan rekaan baru di bahagian depan dan belakang yang dinamik. 

Menurut pengeluarnya, Lamborghini Huracán LP 580-2 akan menjanjikan kepuasan pemanduan yang menyeronokkan pada tahap maksimum dengan prestasi yang mengagumkan. Model berkenaan dikuasakan enjin V10 5.2 liter 580hp dengan tork makismum 540Nm, membolehkannya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 3.4 saat (kelajuan maksimum 320 km/j).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here