
Audi Q7 2017 serba baharu generasi kedua merupakan sebuah model SUV dalam segmen mewah, dilengkapi dengan tujuh tempat duduk serta padat dengan pelbagai ciri-ciri dan teknologi terkini. Dengan rekaan yang menyerlah dan binaan ringan, Audi Q7 2017 serba baharu didakwa telah menetapkan standard baharu untuk model kenderaan di dalam segmennya.
Audi Q7 2017 dikuasakan enjin TFSI 3.0 liter dengan kuasa kuda setinggi 333 @ 5,500-6,500 dan tork maksimum 325 @ 2,900-5,300, seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi Tiptronic lapan kelajuan. Untuk pasaran USA, harganya telah diumumkan pada paras $54,800 (Premium), $58,800 (Premium Plus) dan $64,300 (Prestige).