
Yamaha FZ150i edisi 2015 didatangkan dalam tiga pilihan warna dan corak terbaru yang lebih menarik iaitu biru, putih dan merah. Harga tunai yang ditawarkan untuk model itu menurut Kok Cheng Motor FB ialah sebanyak RM9,760.00 (OTR Cash Price with All Rider Insurance). Melihat kepada gambar-gambar yang disiarkan di sini, ternyata Yamaha FZ150i 2015 sememangnya tampil cukup segak dan bergaya sekali. Sumber gambar dari Kok Cheng Motor FB.