Mazda CX-3 dilancarkan di pasaran Malaysia

0
124

Mazda CX-3 (001)

Pasaran untuk model crossover kompak dalam segmen B di Malaysia dijangka akan terus meriah dengan kehadiran Mazda CX-3 serba baharu yang dilancarkan baru-baru ini, diedarkan secara eksklusif oleh Bermaz Motors yang merupakan pengedar tunggal jenama Mazda di Malaysia.

Dikatakan bakal menjadi pencabar utama untuk model popular Honda HR-V, Mazda CX-3 serba baharu untuk pasaran tempatan adalah merupakan model CBU yang diimport secara terus dari Jepun. Hanya satu varian tunggal ditawarkan, di mana model berkenaan dikuasakan enjin 2.0 liter SkyActiv-G dengan kuasa 154hp dan tork 204Nm, seterusnya dipadankan bersama-sama sistem transmisi automatik enam kelajuan yang memacu roda depan.

Mazda CX-3 serba baharu merupakan sebuah model crossover kompak bertaraf premium, jadi tidak hairanlah harga yang ditawarkan untuknya mencapai paras RM135,143.19 termasuk kos insuran. Bagaimanapun tidak dinafikan CX-3 merupakan sebuah model sporty yang cukup bergaya dan pastinya bakal menarik perhatian ramai pembeli.

Sumber : Autoworld

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here