Galeri : Yamaha FZ150i edisi 2015 dalam warna biru

0
1031

Yamaha FZ150i 2015 (001)

Walaupun telah berada di penghujung tahun 2015, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) masih sempat untuk melancarkan FZ150i yang disegarkan semula penampilannya dengan warna dan corak grafik terbaru, yang kelihatannya lebih menawan dan memikat.

Tengah hari tadi saya sempat melihat dengan lebih dekat FZ150i edisi 2015 berwarna biru, dan saya turut mengambil kesempatan merakamkan beberapa keping gambar menarik model berkenaan termasuk rakaman video pendek yang telah saya siarkan di dalam laman Youtube.

Walaupun ramai yang mengharapkan HLYM akan melancarkan model terbaru Yamaha M-SLAZ 150 yang baru-baru ini dilancarkan di Thailand, nampaknya buat masa ini hanya FZ150i edisi 2015 terbaru ini sahaja yang akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here