Fiat 124 Spider 2017 serba baharu diperkenalkan

0
56

2017 Fiat 124 Spider (001)

Membawakan semula elemen model klasik 124 Spider yang buat pertama kalinya diperkenalkan hampir 50 tahun yang lalu, Fiat secara rasminya memperkenalkan 124 Spider 2017 serba baharu. Model tersebut didakwa membawakan pengalaman terkini sebuah roadster Itali yang mengujakan, bersama-sama gabungan teknologi dan keselamatan dengan gaya rekaan Itali yang ikonik. 

Untuk pasaran di Amerika Utara, Fiat 124 Spider dilengkapi enjin 1.4 liter MultiAir Turbo empat silinder yang telah terbukti, aplikasi pertama enjin berkenaan untuk model dengan sistem pacuan roda belakang. Enjin itu menghasilkan 160 kuasa kuda dan tork setinggi 184 lb.-ft., dan tersedia dengan transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik enam kelajuan.

Fiat 124 Spider 2017 serba baharu direka di Centro Stile di Turin, Itali, mengambil ilham daripada Spider yang asal, secara umumnya dianggap secara meluas sebagai salah sebuah model Fiat yang tercantik sepanjang masa. Bagaimanapun untuk membangunkan 124 Spider 2017 ini, ianya adalah kelahiran semula daripada model ikonik terkenal Mazda MX-5 serba baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here