Yamaha M-SLAZ secara rasmi diperkenalkan di Thai Motor Expo 2015

0
141

Yamaha M-SLAZ brochure (001)

Model ‘naked street fighter’ terbaru yang dinanti-nantikan, Yamaha M-SLAZ hari ini secara rasminya diperkenalkan kepada umum di Thai Motor Expo 2015. Yamaha M-SLAZ sebelum ini dikenali dengan nama awal Yamaha MT-15, seringkali ditemui sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand dan Indonesia.

Melihat kepada rekaan keseluruhannya, Yamaha M-SLAZ boleh dikatakan tampil dengan reka bentuk yang cukup sporty lagi agresif, walaupun hakikatnya model terbabit hanya dilengkapi enjin bersesaran 150cc. Di bawah berikut ialah spesifikasi teknikal enjin Yamaha M-SLAZ untuk pasaran Thailand.

Yamaha M-SLAZ brochure (002)

Yamaha M-SLAZ specification :

  • Engine type : Liquid-cooled, 4-stroke, single cylinder, SOHC, 4-valve
  • Cylinder arrangement : 149 cc
  • Compression ratio : 10.4:1
  • Bore & stroke : 57.0 x 58.7 mm
  • Lubrication system : Wet
  • Fuel dispensing system : Injection
  • Injection system : TCI
  • Clutch system : Wet, multi-plate
  • Transmission system : 6 speed
  • Starter system : manual electric
  • Fuel type : Gasohol or at least benzene 91
  • Fuel tank capacity : 10.2 liters
  • Engine oil capacity : 0.95 liters (1.00 liters with change of oil filter)
  • Radiator capacity : 0.52 liters (included in system)
  • Radiator tank capacity : 0.25 liters
  • Spark plug : NGK / CR9E

Berkenaan harga, Yamaha M-SLAZ dikatakan akan dijual pada harga 89,500 THB, lebih kurang RM10,500.00 apabila ditukarkan kepada nilai ringgit mengikut pasaran semasa ketika ini. Apa pendapat anda mengenai Yamaha M-SLAZ ini? Adakah ini model seterusnya untuk pasaran Malaysia?

Sumber : M-SLAZ Club Thailand FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here