Mitsubishi Outlander Sport 2016 versi naik taraf terkini diperkenalkan

0
105

2016 Mitsubishi Outlander Sport (001)

Mitsubishi Motors North America, Inc. (MMNA) baru-baru ini telah memperkenalkan versi naik taraf terkini untuk model Outlander Sport 2016. Model CUV itu kini didatangkan dengan konsep rekaan baru Mitsubishi “Dynamic Shield” yang tersendiri untuk bahagian depannya. Untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi Outlander Sport dikenali dengan nama Mitsubishi ASX.

Sebagai tambahan untuk rekaan di bahagian luarannya, Outlander Sport 2016 dilengkapi dengan ciri-ciri terbaru seperti berikut : new power folding side mirrors with LED turn indicators, wheel lip moldings, auto-dimming rearview mirror with Homelink® and a new 18-inch alloy wheel design. Juga yang terbaru untuk model tersebut ialah tiga pilihan warna terbaru : Cool Silver, Diamond White Pearl and Quartz Brown.

Model berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan antaranya termasuklah sistem tujuh beg udara SRS canggih dan binaan kerangka badan keselamatan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) Mitsubishi yang dipatenkan. Masih mengekalkan tawaran menarik seperti sebelumnya, harga jualan Mitsubishi Outlander Sport 2016 bermula dari $19,595 (MSRP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here