Pengenalan Kia Rio Sedan di ASEAN Auto Show 2015

0
345

Kia Rio Sedan

Naza Kia Malaysia pada 14 November 2015 yang lalu telah mempamerkan model terbaharu Kia Rio Sedan di ASEAN Auto Show 2015, bertempat di ‘The Mines International Exhibition and Convention Centre’.

Kia Rio Sedan dilengkapi ciri-ciri keselamatan serba lengkap seperti enam beg udara dan brek cakera depan dan belakang dengan sistem ABS (Anti-lock Brake System) dan ESC (Electronic Stability Control).

Rio Sedan juga dilengkapi sistem VSM (Vehicle Stability Management), HAC (Hill Start Assist Control) dan ‘Emergency Stop Signal’ untuk keselamatan dan keselesaan pemandu dan penumpang.

Kia Rio Sedan akan memulakan jualannya mulai suku pertama 2016. Model itu didatangkan dengan lima tahun jaminan dengan jarak perbatuan tanpa had (bergantung kepada terma dan syarat).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here