NAZA Quest lancar Chevrolet Cruze Sport 2015 edisi dipertingkatkan

0
68

2015 Chevrolet Cruze Sport (004)

Selain daripada model Chevrolet Colorado Sport 2015, Naza Quest Sdn Bhd pada masa yang sama turut melancarkan Chevrolet Cruze Sport 2015 edisi dipertingkatkan untuk pasaran Malaysia. Cruze Sport kini tampil dengan gaya baru yang lebih sporty di bahagian luaran, termasuk di bahagian dalaman.

Dikuasakan enjin 1.8 liter Ecotec DCVCP yang berkuasa dan cekap, ianya menghasilkan prestasi sehingga 140PS dengan tork maksimum 167Nm. Pemanduan yang lancar dengan prestasi lebih baik kini dipertingkatkan dengan talaan semula sistem pecutan untuk respon yang lebih pantas dan penambahbaikan sistem penapis udara dengan penggunaan penapis udara keluli jenis tahan karat.

Chevrolet Cruze Sport juga menawarkan talaan pengendalian EURO yang memberikan kawalan lebih stabil dan mantap untuk pemanduan yang lebih menyakinkan dan menyeronokkan. Ini ditambah lagi dengan kehadiran sistem bantuan kawalan pemanduan seperti ESC dan EBD, di samping ciri-ciri lain.

Chevrolet Cruze Sport 2015 boleh dimiliki pada harga RM122,868.00 (OTR), termasuk kos insuran dan cukai jalan. Sedan sporty itu didatangkan dengan pakej jaminan 5 tahun atau 200,000km (yang mana tiba dahulu). Sebagai insentif tambahan, Chevrolet kini menawarkan rebat tunai RM12,500.00 untuk Cruze Sport dan RM6,000.00 untuk Colorado Sport. Kempen rebat tunai itu akan berakhir sehingga kehabisan stok.

Kedua-dua model Cruze dan Colorado edisi Sport akan dipamerkan kepada umum di One Utama Auto Fair, Highstreet Zone mulai dari 02hb. sehingga 06hb. Disember 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here