NAZA Quest lancar Chevrolet Colorado Sport 2015 edisi dipertingkatkan

0
92

2015 Chevrolet Colorado Sport (001)

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan berjenama Chevrolet di pasaran Malaysia, baru-baru ini secara rasminya melancarkan Chevrolet Colorado Sport 2015 untuk pasaran tempatan. Varian terbaharu trak pikap Colorado itu juga kini sudah boleh ditempah untuk pembelian.

Chevrolet Colorado Sport 2015 diasaskan daripada model Colorado LTZ Muscle yang dikuasakan enjin diesel Duramax 2.8 liter empat silinder DOHC yang menjana prestasi 200PS @ 3,600rpm, dengan tork maksimum 500Nm @ 2000rpm. Ini menjadikan Colorado Sport model paling berkuasa di dalam segmennya.

Colorado Sport edisi peningkatan lebih sporty itu kini didatangkan dengan gaya dan penampilan luaran yang lebih ranggi dan aerodinamik, manakala bahagian dalamannya dilengkapi tempat duduk dan kemasan pintu dengan balutan kulit premium sepenuhnya, di samping tersedia kamera pandang belakang.

Colorado Sport 2015 juga menawarkan pengendalian lebih mantap dengan sistem gantungan boleh laras sepenuhnya. Sistem gantungan boleh laras sport itu meningkatkan keselesaan pemanduan dan kawalan di jalan raya, manakala ketinggian yang direndahkan menjadikan penampilan keseluruhannya lebih agresif.

Kelengkapan dan aksesori standard yang dibekalkan untuk Colorado Sport adalah seperti berikut:

Duramax engine, electronic 4WD shift switch, auto climate control, Chevrolet Mylink, projector headlamp,  frameless windshield wiper, LED taillights, power drive lock engagement, 6-way power drive seat adjustable, semi bucket leather seat, traction control, cruise control, multifunctioning steering, Electric Stability Program (ESP), anti-lock braking system, Hill Descent Control System (HDCS), Hill Start Assist (HAS), Chevrolet StabilitiTrak, 6-speed auto transmission with shifter knob, Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Cornering Brake Control (CBC), Hydraulic Brake Assist (HBA) and Panic Brake Assist (PBA).

Sebagai tambahan, Chevrolet Colorado Sport telah menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP. Harga yang ditawarkan untuk trak pikap 4 x 4 itu ialah sebanyak RM138,967.00 (OTR), termasuk insuran dan cukai jalan. Ianya didatangkan dengan pakej jaminan 3 tahun atau 100,000km (yang mana lebih awal).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here